TERIMA KASIH KERANA MELAYARI LAMAN BLOG PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN KUALA BESUT

Wednesday, April 14, 2010

YB Turun Padang - JKKK Gong Surau/Paya

0 comments

PRIHATIN...YB DR.A Rahman Mokhtar,ADUN Kuala Besut melihat kaki seorang penduduk Kg Gong Surau

GONG SURAU, 9 April , Sempena Program YB & isteri Turun Padang, Yang Berhormat bersama kakitangan Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut dan APMT telah berkampung di Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Surau/Paya bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari di Masjid Gong Surau.

Program ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi dan ahli jawatankuasa JKKK dan masjid bersama 70 orang penduduk kampung.

Dalam ucapan Yang Berhormat kepada penduduk kampung, beliau menyatakan hasrat untuk turun kesemua JKKK di dalam DUN Kuala Besut sepanjang tahun 2010 sebagai salah satu cara mendekati dan mendengar permasalahan penduduk kampung disamping melawat ahli-ahli veteran di JKKK terlibat.

Rombongan Yang berhormat turut melawat 6 buah rumah penduduk uzur dan ahli veteran yang telah di senaraikan oleh pihak JKKK Gong Surau/ Paya dan menyampaikan sumbangan berupa hamper dan duit.

Monday, April 5, 2010

Kuala Besut-LAWATAN PUTERI UMNO KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH 1 Mac - 3 Mac 2010

0 comments





1 Mac 2010- Satu rombongan daripada Puteri UMNO Kuala Besut telah berangkat dalam satu siri lawatan ke Melaka pada pukul 9.00 malam.Rombongan yang di sertai oleh 40 anggota Puteri UMNO Dun Kuala Besut dan anggota APMT Dun Kuala Besut itu bertolak dengan iringan doa dan sedikit ucapan selamat jalan oleh YB Dr. Hj. A Rahman Mokhtar ADUN Kuala Besut dan isterinya.

Rombongan ini tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pada pukul 7.00 pagi dan memulakan sesi melawat bandaraya bersejarah seawal jam 9.00 pagi selepas bersarapan pagi.Lawatan bermula dengan A Famosa Resort,Taman Mini dan Bandar Hilir.Peluang untuk menaiki menara taming sari tidak di lepaskan begitu sahaja oleh ahli rombongan Puteri UMNO ini.

Pada sebelah malam pula,ahli rombongan ini mengambil pengalaman menaiki Melaka River Cruise yang menyusuri sepanjang Sungai Melaka itu.Pemandangan sepanjang sungai itu sangat menakjubkan terutama sekali pemandangan di Villa Sentosa.Cruise ini menyusuri sungai ini kira-kira sepanjang 9 KM dan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Ahli rombongan ini telah di sediakan penginapan yang selesa di Casa Lago Holiday Apartments.Apartment ini di awasi dengan sistem keselamatan berkamera litar tertutup selama 24 jam sehari.

Walaupun pada awal ketibaan ahli rombongan di Melaka terdapat sedikit masalah pengurusan lawatan,namun ahli rombongan tetap berpuas hati dan gembira sepanjang lawatan ke Melaka ini.

Tuesday, March 30, 2010

MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA APMT DUN KUALA BESUT

0 comments


Ketua Penyelia APMT Dun Kuala Besut menyampaikan cenderahati buat Wan Mohd Zaki


31 Mac 2010-Sebuah majlis perpisahan ringkas telah diadakan di pejabat penyelaras Dun Kuala Besut bersempena dengan perpisahan salah seorang anggota APMT yang bakal bertugas di tempat lain.Majlis ini turut di hadiri oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras Dun Kuala Besut,Hj. Mohamad b. Abdullah dan Pegawai Khas ADUN Kuala Besut,Tuan Haji Mah Hassan bin Mamat.

Wan Mohd Zaki,anggota APMT Dun Kuala Besut yang bakal meninggalkan ruangan pejabat ini sudah berkhidmat untuk APMT ini lebih dari lima tahun dan telah menabur banyak bakti buat APMT.Rasa berat hati dan sedih menyelubungi majlis ini namun pemergian beliau ini pasti akan di kenang oleh warga APMT yang lain.

Ketua Penyelia APMT,Puan Norazila bt Mohamad menyampaikan sedikit cenderahati daripada semua anggota APMT sebagai kenangan buat Wan Mohd Zaki.Jasa beliau pasti akan di kenang.